Wednesday, 28 November 2012

Perjuangan yang masih di permulaan.


Menilai diri sendiri dengan sifat seorang pejuang islam, adakah aku rela mati demi agamaku?, adalah akidahku benar2 mantap untuk aku berkorban apa sahaja demi Islam?, 
Maha Suci Allah yang masih menyayangi diriku, setiap detik aku terpesong dari jalan yang lurus, 
Tuhanku memancar petunjuk untuk diriku kembali ke pangkal jalan. 
Tetapi dalam sekelip mata cinta dan imamku diuji, bagaimana?? dengan perjuangan. 
Aku masih berada di permulaan, baru hendak merangkak-rangkak. 

Alangkah ruginya aku kerana membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan ilmu perjuangan, merintih titisan air mata keinsafan sekalipun tidak mampu mengembalikan masa yang sudah terbuang dengan perbuatan2 yang tidak membawa manfaat.

 Jadi, layakkah diri aku ini bergelar pejuang?? 
Aku masih tidak mampu menerima gelaran itu, terlalu kerdil diri ini. 
Allah memberikan aku sirnar, tidak akan aku cuba lari darinya lagi, tidak akan aku memalingkan wajah dari nur hidayah yang memanduku arah ke syurga firdausi. 

Insyaallah, dengan izinnya, aku bakal menjadi yang lebih baik, lebih iman dan taqwanya lebih mantap akidah dan perilakunya dan lebih mendalam ilmu agamanya dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. 




No comments:

Post a Comment