Thursday, 7 June 2012

Ini Masalah Aku...

Allah berikan ujian ni pada aku, nak tengok kuat ke tak. kuat ke?? langsung tak rasanya, sebab aku asyik terfikir, asyik berasa bersalah... asyik menyalahkan diri sendiri. Tapi aku tak sanggup nak hadapinya sorang2, aku tak sanggup nak meniti hari yang penuh dengan cabaran, kerana aku tahu diri aku tak kuat, tapi Allah lagi Mengetahui. Ya tuhan, nilai persahabatn yang perlu aku jaga, aku tak mahu robekkan dia dengan sifat pentingkan diri sendiri, tapi aku sendiri dalam ketakutan, aku sendiri dalam kegusaran. aku perlukan sokongan, tapi tak semua manusia mampu memahami dan mampu menyelami jiwa aku yang dalam kebuntuan. di antara rasa serba salah dan rasa bersalah. Aku tahu ini masalah aku, Aku tahu aku tak perlu nak ceritakan masalah ni kat sapa2, sebab ini masalah aku, kepada seorang rakan, aku tidak berhak untuk membebankn dia dengan mslh ni, aku tak layak. tapi siapa lagi tempat aku mengadu dan meluah perasaan, aku perlukan sokongan, aku perlukan petunjuk, untuk aku berada dalam jalan yang betul dan bukan sebaliknya. maafkan diri aku ni ya Allah, aku cukup lemah untuk menghadapi masa hadapan yang aku belum tau bagaimana, aku tak layak untuk menjangkakan benda buruk semata2, mungkin KAU sediakan yang terbaik buat aku. tapi aku sedar aku perlu banyak berfikir, banyak bertanya, sebb jiwa aku sendiri berat untuk membuat keputusan. Hanya padaMU aku kembali.~~ Berikan aku petunjuk. Amin...

No comments:

Post a Comment